Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Tuesday, March 8, 2016

Mahalnya Hidayah Allah.


Saya tak belajar agama macam awak. Awak beruntung kerana sejak kecil lagi ibu bapa awak hantar ke sekolah agama.
Terus belajar ilmu agama sampailah ke peringkat lebih tinggi. Tapi saya? Saya belajar ilmu dunia semata mata, saya tidak pernah mendapat pendidikan agama secara langsung." .

lebih kurang begitulah luahan seorang sahabat.

Sahabatku, mengenali Allah itu bukan semata mata dengan pergi ke sekolah agama sahaja. Betapa ramai orang bukan islam, tetapi Allah campakkan hidayahNya dengan pelbagai cara.
sehinggalah mereka dapat memeluk islam dan merasai keindahan islam itu sendiri.
Walhal sebelum ini mereka tidak pernah berada dalam 'agama islam' .

Ini tidak bermakna hanya mereka mereka yang hanya berlatar belakang dalam bidang agama sahaja yang mampu jadi solehah.
Dan itu juga tidak bermakna mereka yang berlatar belakang agama itu solehah.

Solehah itu milik semua.
Dengan usaha.
Usaha dalam mengapai redha Allah.
Usaha dalam mengapai hidayah dariNya.
Dan sudah semestinya dengan izin Allah, insyaAllah.

Teman.
ketahuilah, Hidayah Allah itu mahal. Hidayah Allah itu akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dia ingini. Dan hidayah itu juga bukan untuk ditunggu tunggu ia jatuh dari langit. Jalannya dengan kita berusaha meminta dan tidak jemu berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

Begitu juga dengan keinginan untuk menjadi wanita solehah. Kalau kita fikir diri kita tidak layak, sampai bila bila kita tidak akan layak. Kalau kita bersangka buruk dengan diri sendiri, maka lagi jauh sangkaan baik kita pada Allah. Jika kita terus terusan berasa tidak layak, rasa diri hina untuk menjadi hamba mulia, rasa diri sangat teruk dan buruk maka kita tidak akan dapat 'bergerak' kearah kebaikan.

Kita juga akan berat untuk melakukan ketaatan.

Syeikh Ibnu 'Athaillah menyatakan dalam kitab Hikam, janganlah kerana besarnya dosa disisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah.
kerana orang yang kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang Luas.

Ada orang dia bukan tak nak berubah, tapi dia tak yakin dia boleh berubah. Dia ingatkan berubah itu pahit, hakikatnya ia amat manis.



Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

No comments:

Post a Comment