Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Tuesday, February 9, 2016

Garlic Black Pepper Bread by me.

Bissmillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum. Okay harini aku rajin sikit nak share resepi yang terpaling atau tersangatlah simple tapi sedap for your breakfast or tea time. Okay so tadi atas permintaan mak aku maka buatkanlah untuk dia garlic bread ni. Apa bahan dia? Mudah aje. Ada bawang putih, mentega, roti dan lada hitam dah cukup. Sebabnya tu ja bahan bahan yang ada dekat rumah haha. Kalau nak kasi sedap lagi bolehlah tambah bahan apa yang patut macam hotdog ke, cheese ke, parsley ke, or anything else yang kena dengan selera tekak masing masing. So aku buat simple tapi rasa macam garlic bread dekat Pizza Hut tu adalah sikit kan hikhiks, nak juga kononnya.

So tadi aku pakai 3 ulas saja bawang putih sebab tak perlu pakai banyak, dah bajet nak buat sikit sikit ja untuk hi tea, ada lah dapat dalam tujuh keping roti camtu. Oh ya, bawang putih ni kasi ditumbuk halus dulu ya. So, cara cara nak buat :


  • Sapukan mentega pada roti dahulu biar rata 
  • Sapukan bawang putih yang telah siap ditumbuk halus
  • Kemudian taburkan sedikit lada hitam
  • Bakar di atas pemanggang, letak sedikit mentega. Jangan bakar terlalu lama okay, kang hangus pulak kang (Kalau nak cara lain boleh letak olive oil)




Siap!


Siap dihidang garlic black pepper bread, dengan ikan celup tepung. So dah boleh hi-tea bersama keluarga.









Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Saturday, February 6, 2016

Antara riak, ujub dan takabbur.

Bismillahirrahmanirrahim..



Jangan rosakkan amalan kebaikan kita dengan rasa ujub dan bangga dengan kebaikan diri kita sendiri. Kadang mungkin kita nak kongsikan agar orang ikut, tapi kalau salah gaya orang akan nampak kita ni bangga diri. Mungkin niat kita baik tapi cara kita yang salah.


Buatlah sebanyak mana kebaikan, tapi sebaik baik kebaikan adalah yang disembunyikan. Sebab tu didik diri dan hati kita ni untuk selalu husnudzon iaitu bersangka baik. Itu yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kita nak sedeqah dengan niat orang lain akan ikut juga amalan yang kita buat tu. Paham kan.

Bila kita buat baik dan orang lain nampak kita buat baik, then dia ikut. So dengan kita kita sekali dapat pahala. Tapi bila ada je timbul perasaan riak, takabbur, ujub dan lain-lain ni maka teruskanlah perbanyakkan istighfar. Nak pakai baju mahal dengan niat nak pakai biar lama, teruskan. Nak beramal dengan niat orang lain ikut apa yang kita buat, teruskan. Jangan fikir apa orang nak kata, fikir apa yang Allah nak kata. Sebab tu yang paling utama dan teratas. Kenapa nak perlu cari redha manusia sedangkan redha Allah dan Rasul itu lebih utama? Hakikatnya, Allah tahu segenap dari isi hati kita.

Bersangka baik selalu, dan beristighfarlah. Moga Allah ampunkan dosa hati kita, insyaaAllah.






Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Hati yang tertangguh.

Bismillahirahmanirahim.


Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ni, tapi apa yang aku pasti, 'rasa' ni aku simpan dalam-dalam. Mahu dikata sayang, apatah lagi mahu dikata benci. Sungguh aku keliru. Benar,  jika hari hari nama kamu tak berkesudahan, di pelosok jauh mana sekalipun aku menjauh mahupun si teruna itu, tetap sahaja ia ada. Sampai pada satu saat hingga perasaan ini sudah tak tertangguh, aku bawa diri ke tempat baik sedangkan untuk mensucikan hati sendiri pun kau masih berkejaran empat hari berturut-turut di dalam mimpi. Jauh termenung aku hari itu. Sudah ditepis dalam segala hal sekalipun, tapi tetap sahaja ia tak berganjak. 


Datanglah pelbagai bentuk posisi ujian yang datang, ujian hati ni lah yang paling melemahkan. Dan aku anggap ujian ini untuk mematangkan aku, bagaimana untuk seimbangkan dari kedua-dua. Dan aku juga sentiasa percaya yang manusia ni ada kekuatan dan dugaan masing masing. Ada hal hal sendiri yang dijuangkan. Dalam hidup sesiapa pun, akan ada terjumpa titik jatuh. Kerana manusia ni memang dicipta sebagai hambaNya yang akan kembali memohon kepadaNya. Itu fitrah. 


Tiada yang namanya 'kebetulan', kerana setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Kadang kadang Allah temukan kita dalam kelompok atau orang yang salah, supaya kita kenal erti 'betul'. Kadang kadang Allah temukan pula kita dalam kelompok atau orang yang betul, adalah supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.


So, persoalannya ; Bagaimana nak lalui ?


Bende ni terpulang kepada manusia itu sendiri untuk gunakan inspirasi dan jalan yang Allah beri, setiap hari. Kadangkala kita terjumpa orang,terlihat keadaan, terbaca perkataan. Dan sebenarnya di situlah kita diberi petunjuk dan kekuatan. So benda ni berbalik kepada kita bagaimana nak memanfaatkan. Dengan hati-hati, dan senang hati. Hakikatkannya sesuatu ujian tu tak lama mana pun, cuma sukar dan debarnya itu yang meragut siksa. Tapi percayalah, dengan usaha dan doa yang sarat dengan sabar itu takkan pernah Allah katakan ia adalah suatu yang sia-sia. 

Takkan diuji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. Bahu yang dicipta Allah hanya untuk kadar bebanan yang dah ditentukan. Sebab aku tahu, kesedihan ini tidak akan kekal lama. Allah itu maha mengetahui. Allah itu sudah mengaturkan yang baik-baik. Sebab Dia yang mencipta diri, maka Dia tahu apa yang terbaik. Kalau rasa dia berbaloi untuk kamu tunggu, maka tunggu.


Ya, aku cuba menulis sesuatu yang boleh menenangkan, untuk siapa juga kalau bukan untuk diri sendiri.











Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Tatkala Allah SWT mencipta manusia.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam Al-Quran, Allah SWT ni telah menceritakan tentang peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni nabi Adam 'alaihis-salam (as), iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38, seperti berikut :

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi; " mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Lalu Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."

Lalu malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana."


Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan? "


Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam;" lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.

Dan Kami berfirman, "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim."


Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."


Kemudian Adam menerima dari Allah SWT tentang beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka."




Jari jemari runcing menaip,
Shamila Idayu