Catatan Penulis
| Home |Follow|Dashboard|

Sunday, March 13, 2016

Special post ; Hobby!

Assalamualaikum, hi.


Okay post entry kali ni nak cerita pasai hobby aku sendiri. Pertama sekali ; aku memang jenis minat travel & hiking. Memang kaki tak reti duduk diam lagi lagi kalau dah start cuti semester or anything else yang aku rasa ; ‘okay jom pergi situ!’ Sebab bagi aku benda tu menenangkan. Kalau kebanyakkan pompuan lain jenis minat shopping pakai barang branded itu ini, tapi lain pula aku yang memang suka ‘memanjat’ ni. Ya, tak dinafikan travel situ sini beli barang itu ini tak best, siapa cakap tak best? Benda tu pun menenangkan juga apa, kan? Haha. Tapi, nak beli itu ini tu la yang kena belanja duit yang banyak. Siapa tak suka beli barang yang memang dah lama kita nak lagi lagi kalau travel ke sana ke mari untuk bawa balik sebagai kenang-kenangan. Tapi bagi aku, nak travel kemana saja pun memang kena pandai devide mana yang penting atau tak. Ada juga yang jenis suka travel tapi tak keluarkan banyak bajet pun, so aku adalah antara yang termasuk dalam golongan tu. Haha. Duit tu buat simpan beli apa yang perlu saja, senang.


Okay, hiking. Yes, aku rasa aku dah jumpa hobi terbaru aku sejak akhir akhir ni. Tak kisah la bukit mana pun yang ada kat rumah memang jenis kaki tak reti duduk diam. Rasa adaaaa je point nak ‘memanjat’ kalau setiap kali cuti semester. Bagi aku antara keluar shopping dengan hiking, aku prefer memanjat lagi hahaha. Sebab bagi aku memanjat ni boleh keluarkan peluh, menyihatkan tetapi shopping? Makin stress ada sebab balik balik tengok duit dah makin berkurang! Haha. So, aktiviti untuk cuti midterm ni memang dah plan macam macam dengan member sekolah untuk teruskan aktiviti hiking ni. Dalam ramai ramai geng, aku dengan member sorang lagi tu je jenis kaki tak gheti dok diam nak memanjat je kerjanya. So aku cakap kat dia; okay kalau kita berdua pun jadi ni. Takyah dah nak pikir pikir orang lain, kerja pun senang. Jadi midterm ni, aku plan nak ke Bukit Broga dan Bukit Tabur sekaligus. Sebenarnya dah berubah arah, awalnya nak ke Gunung Baling dengan Gunung Jerai dekat Kedah. Tapi sebabkan ada dengar yang Gunung Baling tak boleh naik dan ditutup sementara untuk para hikers sebab kebakaran haritu, so kitaorang decide tukar plan untuk gerak ke Kuala Lumpur. Ada rezeki lebih, mahu ke Gunung Nuang juga. Sebab aku ada dengar Bukit Tabur ni macam challenging sikit, sebab ada banyak rock climbing. Tapiiiii… Rasa macam plan ni kena hold dulu sebab aku akan ke Thailand midterm ni, insyaaAllah jika diizinkan.Rasa kecewa tetap ada, tapi nak buat macam mana ada benda yang aku kena settle dulu dekat sana. Tak tahu pula tarikhnya bertembung dua mende ni, aduh. Itupun kalau memang betul jadi lah ke sana.


Okay yang kedua ; aku suka menulis. Maksud aku kat sini lebih kepada puisi dan novel. Dulu dulu zaman sekolah menengah dah berapa banyak buku aku tulis dan jadikan sebagai novel, dan puisi-puisi pun masih ada aku simpan. Kalau ada masa terluang memang akan menulis puisi. Sebab apa, sebab benda tu menenangkan. Biasanya apa yang aku menulis based on apa yang aku rasa masa tu. Nak marah, pada puisi lah. Nak sedih, pada puisi lah. Hatta nak berketawa sekalipun, pada puisi lah. Akan ada waktu waktu yang tepat untuk menulis. Minat menulis ni memang ma dengan abah support aku dari dulu. Kadang time aku menulis, diaorang akan datang duduk; baca; dan bancuhkan air segelas untuk aku sebagai penyegar mata untuk stay up overnight. Jadi nak tahu apa respon pembaca hasil penulisan karya kita adalah dengan beri pada mak ayah dulu, okay ke tidak buat macam ni macam tu. Jadikan mak ayah kita ataupun family kita sembagai sumber pembaca yang pertama.Lepas tu baru beri pada kawan kawan bagi dia baca karya penulisan kita sendiri. Kadang tu kalau ada silap mereka yang akan betulkan balik. Barulah kepuasan tu ada, nak buat sesuatu biar kepuasan tu ada, itu yang penting bagi seorang penulis. So terkadang kalau balik rumah memang macam tu, akan ada waktu yang aku suka menulis tak kira pada kertas-kertas carik sekalipun. Sampai haritu hampir hampir juga mahu hantar karya sendiri dekat sebuah syarikat penulisan, tapi waktu tak mengizinkan dengan sebab-sebab tertentu. Jadi kita pendam aje lah bakat yang tak seberapa ni, katanya lah kan hiks.

Sometimes aku menulis sesuatu di laman social tidak kira dalam bentuk puisi hatta sebaris ayat sekalipun, so respon mereka ada yang berbunyi; power gila weh ayat engkau, deep.


Okay bagi aku, hendak menulis biarlah berpada-pada. Bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menenangkan. Apabila kita nak sampaikan sesuatu pada orang, biarlah ‘rasa’ tu terus sampai pada orang dengan kata-kata yang baik, bukan menghina apatah lagi mengherdik. Paham ayat elok elok. Kalau point kita asyik nak bash je kerja tapi diri sendiri pun dah kelaut, tak boleh juga, ye idok? Jadi pepandai la menulis sesuatu yang boleh orang ambil; baca; hadam dan buat. Kalau tak boleh untuk orang lain, biarlah dijadikan as a point to be the strongest version of yourself.


Last but not least, yes aku amat minat drawing. Memang dari kecik lagi ma abah dah jinak-jinakkan aku dalam bidang ni. Sebab apa? Sebab abah sendiri memang handal melukis. Portrait ma pakai selendang dulu-dulu pun masih ada lagi aku simpan dekat rumah, padahal draw atas muka depan buku log aje pun. Tapi tetap cantik. Okay aku cerita macam mana sebenarnya diri aku sendiri boleh kesan minat ni. Sebenarnya dulu masa sekolah rendah aku suka melukis apa yang aku suka or anything else yang ada depan mata. Nak dijadikan cerita cikgu dapat kesan bakat yang tak seberapa ni kebetulan pulak time tu dekat tempat aku ada anjurkan pertandingan melukis poster, so cikgu decide masukkan nama aku dalam pertandingan tu. Setiap kali waktu rehat memang tak pegi makan, tak pun kirim je dekat kawan sebab kena practise drawing hari hari. Dan alhamdulillah, aku johan dalam pertandingan tu mewakili daerah pula ke peringkat negeri. Time ni lagi cuak gila, mau nya tak. Baru berjinak-jinak dah kena wakil daerah. Time ni ma abah push suruh buat baik baik, kebetulan pulak jiran sebelah tu memang cikgu seni so hari hari lepas balik sekolah terus gi belajar rumah dia. Sampailah naik ke sekolah menengah. Muka ni aje yang masuk pertandingan tu. Alhamdulillah, everything went well. Kalau tak minat drawing, takda maknanya aku ambil course Degree in Fine Art dekat universiti ni. Rasa macam dah terjatuh cinta haaaa kauuuu feeling habis.So masuk sini memang nak belajar betul betul sebab ni adalah course yang aku betul betul suka dan minat. Wang saku habis beratus-ratus untuk course ni pun aku tak kisah sebab dah memang lumrah datang sini nak belajar. Kalau tak belajar macam mana nak dapatkan ilmu. Kalau tak practise macam mana nak kembangkan hasil karya sendiri. Kalau fikiran masih ditakuk lama macam mana nak jadi diri yang lagi 'luar biasa' dari yang sebelumnya.


Dah.



Aku rasa aku dah terbagitahu rahsia hobby aku ni dekat sini, sebab tu aku letak tajuk entry ni special post punya hihi. InsyaaAllah kalau diizinkan, aku akan menulis lagi pada entry seterusnya, ya. Okay, bye assalamualaikum readers :) 



Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu


Tuesday, March 8, 2016

Mahalnya Hidayah Allah.


Saya tak belajar agama macam awak. Awak beruntung kerana sejak kecil lagi ibu bapa awak hantar ke sekolah agama.
Terus belajar ilmu agama sampailah ke peringkat lebih tinggi. Tapi saya? Saya belajar ilmu dunia semata mata, saya tidak pernah mendapat pendidikan agama secara langsung." .

lebih kurang begitulah luahan seorang sahabat.

Sahabatku, mengenali Allah itu bukan semata mata dengan pergi ke sekolah agama sahaja. Betapa ramai orang bukan islam, tetapi Allah campakkan hidayahNya dengan pelbagai cara.
sehinggalah mereka dapat memeluk islam dan merasai keindahan islam itu sendiri.
Walhal sebelum ini mereka tidak pernah berada dalam 'agama islam' .

Ini tidak bermakna hanya mereka mereka yang hanya berlatar belakang dalam bidang agama sahaja yang mampu jadi solehah.
Dan itu juga tidak bermakna mereka yang berlatar belakang agama itu solehah.

Solehah itu milik semua.
Dengan usaha.
Usaha dalam mengapai redha Allah.
Usaha dalam mengapai hidayah dariNya.
Dan sudah semestinya dengan izin Allah, insyaAllah.

Teman.
ketahuilah, Hidayah Allah itu mahal. Hidayah Allah itu akan dianugerahkan kepada sesiapa yang dia ingini. Dan hidayah itu juga bukan untuk ditunggu tunggu ia jatuh dari langit. Jalannya dengan kita berusaha meminta dan tidak jemu berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

Begitu juga dengan keinginan untuk menjadi wanita solehah. Kalau kita fikir diri kita tidak layak, sampai bila bila kita tidak akan layak. Kalau kita bersangka buruk dengan diri sendiri, maka lagi jauh sangkaan baik kita pada Allah. Jika kita terus terusan berasa tidak layak, rasa diri hina untuk menjadi hamba mulia, rasa diri sangat teruk dan buruk maka kita tidak akan dapat 'bergerak' kearah kebaikan.

Kita juga akan berat untuk melakukan ketaatan.

Syeikh Ibnu 'Athaillah menyatakan dalam kitab Hikam, janganlah kerana besarnya dosa disisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah.
kerana orang yang kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang Luas.

Ada orang dia bukan tak nak berubah, tapi dia tak yakin dia boleh berubah. Dia ingatkan berubah itu pahit, hakikatnya ia amat manis.



Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Terbiasa.


Manusia tidak pernah lari daripada masalah sama ada kanak kanak, remaja mahupun dewasa. Masalah yang menimpa berbeza beza mengikut kemampuan masing masing.

Kita terbiasa lalai. Terbiasa lupa Allah saat gembira. Terbiasa lupa akan kitab suciNya saat bahagia. Namun pabila hati berasa gundah baru terkial kial cari Tuhan Yang Esa, Allah SWT. Baru terhegeh hegeh buka Al Quran. Bersungguh sungguh minta Allah hilangkan segala bebanan. Bila masalah sudah tiada, kembali cara hidup lama.

Allah kemana, Quran entah kemana.

Seolah agama itu hanya berguna saat ditimpa kesusahan.
Itulah manusia. Tidak terlepas dari sifat ghaflah (lalai).
Sedangkan Nabi sudah berpesan "..telah ku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini; AlQuran dan Sunnahku". -Aw kama qola.

Peringatan untuk diri sendiri yang sering leka.

 

 

Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Tuesday, February 9, 2016

Garlic Black Pepper Bread by me.

Bissmillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum. Okay harini aku rajin sikit nak share resepi yang terpaling atau tersangatlah simple tapi sedap for your breakfast or tea time. Okay so tadi atas permintaan mak aku maka buatkanlah untuk dia garlic bread ni. Apa bahan dia? Mudah aje. Ada bawang putih, mentega, roti dan lada hitam dah cukup. Sebabnya tu ja bahan bahan yang ada dekat rumah haha. Kalau nak kasi sedap lagi bolehlah tambah bahan apa yang patut macam hotdog ke, cheese ke, parsley ke, or anything else yang kena dengan selera tekak masing masing. So aku buat simple tapi rasa macam garlic bread dekat Pizza Hut tu adalah sikit kan hikhiks, nak juga kononnya.

So tadi aku pakai 3 ulas saja bawang putih sebab tak perlu pakai banyak, dah bajet nak buat sikit sikit ja untuk hi tea, ada lah dapat dalam tujuh keping roti camtu. Oh ya, bawang putih ni kasi ditumbuk halus dulu ya. So, cara cara nak buat :


  • Sapukan mentega pada roti dahulu biar rata 
  • Sapukan bawang putih yang telah siap ditumbuk halus
  • Kemudian taburkan sedikit lada hitam
  • Bakar di atas pemanggang, letak sedikit mentega. Jangan bakar terlalu lama okay, kang hangus pulak kang (Kalau nak cara lain boleh letak olive oil)




Siap!


Siap dihidang garlic black pepper bread, dengan ikan celup tepung. So dah boleh hi-tea bersama keluarga.









Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Saturday, February 6, 2016

Antara riak, ujub dan takabbur.

Bismillahirrahmanirrahim..



Jangan rosakkan amalan kebaikan kita dengan rasa ujub dan bangga dengan kebaikan diri kita sendiri. Kadang mungkin kita nak kongsikan agar orang ikut, tapi kalau salah gaya orang akan nampak kita ni bangga diri. Mungkin niat kita baik tapi cara kita yang salah.


Buatlah sebanyak mana kebaikan, tapi sebaik baik kebaikan adalah yang disembunyikan. Sebab tu didik diri dan hati kita ni untuk selalu husnudzon iaitu bersangka baik. Itu yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kita nak sedeqah dengan niat orang lain akan ikut juga amalan yang kita buat tu. Paham kan.

Bila kita buat baik dan orang lain nampak kita buat baik, then dia ikut. So dengan kita kita sekali dapat pahala. Tapi bila ada je timbul perasaan riak, takabbur, ujub dan lain-lain ni maka teruskanlah perbanyakkan istighfar. Nak pakai baju mahal dengan niat nak pakai biar lama, teruskan. Nak beramal dengan niat orang lain ikut apa yang kita buat, teruskan. Jangan fikir apa orang nak kata, fikir apa yang Allah nak kata. Sebab tu yang paling utama dan teratas. Kenapa nak perlu cari redha manusia sedangkan redha Allah dan Rasul itu lebih utama? Hakikatnya, Allah tahu segenap dari isi hati kita.

Bersangka baik selalu, dan beristighfarlah. Moga Allah ampunkan dosa hati kita, insyaaAllah.






Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Hati yang tertangguh.

Bismillahirahmanirahim.


Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ni, tapi apa yang aku pasti, 'rasa' ni aku simpan dalam-dalam. Mahu dikata sayang, apatah lagi mahu dikata benci. Sungguh aku keliru. Benar,  jika hari hari nama kamu tak berkesudahan, di pelosok jauh mana sekalipun aku menjauh mahupun si teruna itu, tetap sahaja ia ada. Sampai pada satu saat hingga perasaan ini sudah tak tertangguh, aku bawa diri ke tempat baik sedangkan untuk mensucikan hati sendiri pun kau masih berkejaran empat hari berturut-turut di dalam mimpi. Jauh termenung aku hari itu. Sudah ditepis dalam segala hal sekalipun, tapi tetap sahaja ia tak berganjak. 


Datanglah pelbagai bentuk posisi ujian yang datang, ujian hati ni lah yang paling melemahkan. Dan aku anggap ujian ini untuk mematangkan aku, bagaimana untuk seimbangkan dari kedua-dua. Dan aku juga sentiasa percaya yang manusia ni ada kekuatan dan dugaan masing masing. Ada hal hal sendiri yang dijuangkan. Dalam hidup sesiapa pun, akan ada terjumpa titik jatuh. Kerana manusia ni memang dicipta sebagai hambaNya yang akan kembali memohon kepadaNya. Itu fitrah. 


Tiada yang namanya 'kebetulan', kerana setiap aturan dari Allah itu sudah sempurna. Kadang kadang Allah temukan kita dalam kelompok atau orang yang salah, supaya kita kenal erti 'betul'. Kadang kadang Allah temukan pula kita dalam kelompok atau orang yang betul, adalah supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.


So, persoalannya ; Bagaimana nak lalui ?


Bende ni terpulang kepada manusia itu sendiri untuk gunakan inspirasi dan jalan yang Allah beri, setiap hari. Kadangkala kita terjumpa orang,terlihat keadaan, terbaca perkataan. Dan sebenarnya di situlah kita diberi petunjuk dan kekuatan. So benda ni berbalik kepada kita bagaimana nak memanfaatkan. Dengan hati-hati, dan senang hati. Hakikatkannya sesuatu ujian tu tak lama mana pun, cuma sukar dan debarnya itu yang meragut siksa. Tapi percayalah, dengan usaha dan doa yang sarat dengan sabar itu takkan pernah Allah katakan ia adalah suatu yang sia-sia. 

Takkan diuji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. Bahu yang dicipta Allah hanya untuk kadar bebanan yang dah ditentukan. Sebab aku tahu, kesedihan ini tidak akan kekal lama. Allah itu maha mengetahui. Allah itu sudah mengaturkan yang baik-baik. Sebab Dia yang mencipta diri, maka Dia tahu apa yang terbaik. Kalau rasa dia berbaloi untuk kamu tunggu, maka tunggu.


Ya, aku cuba menulis sesuatu yang boleh menenangkan, untuk siapa juga kalau bukan untuk diri sendiri.











Jari jemari runcing menaip, 
Shamila Idayu

Tatkala Allah SWT mencipta manusia.

Bismillahirrahmanirrahim.


Dalam Al-Quran, Allah SWT ni telah menceritakan tentang peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni nabi Adam 'alaihis-salam (as), iaitu dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38, seperti berikut :

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi; " mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Lalu Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."

Lalu malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana."


Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan? "


Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam;" lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.

Dan Kami berfirman, "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim."


Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."


Kemudian Adam menerima dari Allah SWT tentang beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka."




Jari jemari runcing menaip,
Shamila Idayu